Produk Shaklee

Produk Shaklee
Dapatkan Vitamin Terbaik Anda Disini

Thursday, December 18, 2014

MANFAATKAN KHASIAT BETIK




Betik atau nama saintifiknya Carica Papaya L meskipun berasal dari Mexico Selatan,kini paling banyak ditemui di Asean dan ditanam di hampir semuanegara beriklim tropika.

Disebalik rasa manis yang dikaitkan sebagai penawar sembelit dan dijadikan ulam awet muda,buah ini menyimpan pelbagai khasiat yang masih belum diketahui ramai.

Pokok betik dikategorikan sebagai spesies renek besar setinggi dua meter hingga tujuh meter.
Tumbuh dengan batang tunggal,bahagiantengah berongga buah dan kulit banyak bekas parut.

Ia berkhasiat menyembuhkan penyakit secara tradisional dan pelbagai kelebihan

Antara  khasiat betik yang boleh dimanfaatkan selain enak dimakan

Penawar Buasir
Kaya dengan vitamin c,mampu merawat buasir(hemoroid) dan sembelit.
Amalan mengambil buah betik selepas makan bukan sahaja  membantu penghadaman,malah membekalkan tubuh dengan pelbagai zat galian dan serat diperlukan.
Ia membantu menghindari penyakit berpunca daripada cacing pita dan kerawit yang bermastautin dalam perut.
Betik mempunyai unsur anthelmic mampu membunuh kuman.


Buang Angin
Air rebusan pucuk betik muda berupaya melegakan gangguan perut dan mengeluarkan angin dalam badan.

Rawat Jerawat
Maslah ini boleh diatasi dengan memekai topeng dibuat daripada buah betik yang dihancurkan.Amalkan memakai topeng itu setengah jam sebelum mandi.


Elak Kelesuan
Mengambil betik setiap hari  menambah tenaga,manakala jus betik yang sudah masak ranum dicampurkan satu sudu madu baik untukkesihatan kanak kanak yang sedang membesar

Tambah Susu
Baik untuk wanita hamil hingga melahirkan untuk menambah susu badan,memulihkan tenaga dan meningkatkan antibodi bagi menghindarkan serangan penyakit.

Rawat Denggi
kajian saintifik mendapati daun betik yang matang elok dibuat jus bagi membantu menyembuhkan penyakit demam denggi.

Licinkan Kulit Kaki
Getah betik daripada batang, buah dan daun mujarab melicinkantumit kaki yang merekah.Sapukan pada rekahan dan lihat perubahannya,pasti anda gembira.

Kurangkan Sakit Gigi
Getah juga boleh disapu pada bahagian gigi yang berlubang untuk mengurangkan rasa sakit.

Rawat Sakit Sendi Otot
Daun betik mengandungi dekstrosa, karpain, karbohidrat serat dan kalsium dijadikan altenatif rawatan sakit otot dan sendi.
Daunnya boleh dilayur atas api sebelum dilekapkan di bahagian otot untuk hilangkan kesakitan.
Minuman hasil perahan daun muda yang ditumbuk lumat dan dicampurkan sedikit perahan limau boleh mengurangkan sakit  sendi.

Elak Batu Karang
Betik ranum yang dicapur madu asli baik untuk melawaskan kencing,seterusnya mengelakkan masalah batu karang yang lazimnya berlaku kepada mereka yang sukar membuang air kecil.

Awet Muda
Betik mempunyai kandungan serat yang tinggi,air,protein,lemak,zat besi,fosfurus,kalium,kalsium,natrium dan niasin.
Mengandungi riboflavin,tiamin,karpain,karposid,mikrosin,papain, dan pektin.
Betik dikaitkan  sebagai penyelesaian masalah mata rabun,mengurangkan berat badan,menghaluskan kulit dan menjadikan wajah awet muda.

Lembutkan Daging
Betik mengeluarkan enzim papain berguna dalam proses penyediaan makanan khususnya ketika melembutkan daging,selain ramuan penting dalam ramuan gula gula getah.


Banyakkan manfaat yang kita boleh dapat dari buah betik ni
Sekian dulu perkongsian saya untuk kali ini
Terima kasih kerana sudi membaca
Jumpa lagi

No comments:

Post a Comment