Produk Shaklee

Produk Shaklee
Dapatkan Vitamin Terbaik Anda Disini

Thursday, December 18, 2014

APAKAH ITU SERATONIN

SERATONIN HORMON GEMBIRA

Serotonin ialah sejenis hormon yang terdapat didalam tubuh manusia yang mengawal mood,mengurangkan emosi negatif dan membuat seseorang  lebih bahagia.Lebih tinggi seratonin
lebih gembiralah seseorang itu tetepi jika kekurangan seratonin seseorang itu akan menjadi kemurungan,sentiasa bersedih,mudah tersinggung dan selalu marah marah.
Kalau ada tanda tanda seperti yang disebut di aatas korang kekurangan seratonin la tu

Korang tahu tak ada makanan yang boleh membantu meningkatkan seratonin antaranya ialah makanan yang mempunyai karbohidrat seperti nasi,pasta,roti,gula manisan buah seperti pisang dan coklat.

Makanan yang terdiri daripada kacang pula ialah seperti badam dan walnut

Aktiviti dengan alam semulajadi dan berjalan kaki juga boleh meningkatkan seratonin.

Dan cara yang paling mudah yang kita boleh buat,hari hari pun boleh tak perlukan modal pun cuba korang teka apa caranya....dan caranya ialah SENYUMAN.Betul senyuman antara cara paling jimat untuk meningkatkan seratonin.

Jikalau seseorang tu ditimpa musibah...saya rasa lebih elok kalau dia makan banyak supaya dapat alihkan kesedihan tu.Kalau tak percaya korang boleh tengok orang yang sedih yang tak makan akan lebih cenderung bunuh diri daripada orang yang makan banyak.Sebab bila dia tak makan kadar seratonin dalam tubuh dia akan jadi sangat rendah.Kesedihan dia akan jadi berganda ganda.
(cuma yang makan banyak tu takutnya jadi obes la plak tu pun bahaya untuk kesihatan juga)

Satu lagi fakta menarik tentang seratonin iaitu

Bayi bayi yang diberi susu ibu akan dibekalkan seratonin secara  tidak langsung kerana susu ibu juga dapat membekalkan seratonin kepada bayi.
Menurut kajian bayi bayi yang diberi susu ibu akan membesar dengan gembira dan mempunyai kelakuan yang baik.
Ini bermakna susu ibu mempengaruhi perilaku anak sehingga dewasa,


Bagaimana dengan kadar seratonin korang  tinggi ke rendah...kalau rendah tu cepat cepat la cari jalan ye


Sampai disini dulu entry saya...next entry saya akan kongsi cara nak tingkatkan lagi hormon seratonin ni..ok bye...terima kasih sudi membaca

No comments:

Post a Comment